Monday 11 November 2013

Suatu Ketika Dahulu

Bismillah...

Sem 1, lepas cuti sem masa zaman matrik...
lepas kuliah matematik... masing2 sibuk bangun tuk bergegas ke kelas seterusnya, maklumlah matrik cuma ada gap 10 minit je utk ke kelas seterusnya.
mata aku liar pulak pada hari tersebut, konon-konon nak cuci mata. hehehe
Nak di jadikan cerita, mata ni punya lah bertuah ternampak pada satu tubuh yg kecik molek berbaju pink.  
" mesti comel lottey muka budak nie" tp dalam hati la... kan kawan aku dengar lak... ehehe...
Maka berpaling lah muka dia ke arah di mana aku boleh melihat dengan jelas muka dia... Ya Allah comel giler... secara jujur dan tulus ikhlas nya dari hati aku ni... terdetik la di hati menyatakan dia ni lah jodoh aku... masa tu aku kena dapatkan dia...tu je yg aku pikir...
sejak dari itu, aku bersemangat ke kuliah bukan untuk menimba ilmu, tp utk mencari budak comel baju pink tu. Aku dah rasa mcm ape tah, budak tu je yang aku cari. hehehe... macam poyo je aku...

Aku mula menyiasat siapakah bunga yang telah menambat hati teruna aku ini.. kehkehkeh... siasat siasat siasat dan terus menyiasat... akhirnya aku tahu dia ni satu group netball ngan aku punya kakak angkat.. wow.. seronok giler aku time tu sbb Dia telah permudahkan urusan aku... aku pon tanpa segan silu mintak no telefon budak pink tu ngan kakak angkat tu. Tapi kakak angkat aku tu siap bg warning lagi.. jangan main2 kan dia... ishhh dh jodoh aku, xkan la aku nk main2... jodoh kot... :)
start hari tu, aku mula lah msg2 dia, tp ayat zaman sekolah la... hahaha...
Alhamdulillah dia respon.. sejak dari mula lah aku berperasaan sorang diri padahal dia belum tentu suka aku...

lepas asyik bermesej-mesej mula aku menyatakan hasrat aku nk kaperl ngan dia... malu gak aku time tu sebab dia suruh aku solat istikarah dulu... hehehe... selepas beberapa hari, dia pon menyatakan persetujuannya utk kaperl ngan aku... waaaaahhhhhhh, seronok giler... dalam hati gua ada taman bunga wei time... org asyik puji2 je aku muka sama ngan dia... jodoh ni jodoh ni... aku pon mengaminkan aje agar di makbulkan kata-kata mereka...

lepas tu mula lah detik malu-malu, jupe pon segan-segan... hahaha... xmature lgsg aku,... kahkahkah
aku bg dia lagu aku, YANG TERINDAH by DAKMIE...


continue la nanti k... nak tido.... nyte... :)

Friday 26 July 2013

rintihan


dunia bukan milik kita,
sesiapa pon bukan milik kita,
diri kita bukan milik kita,

hati dan perasaan,
kasih dan pengorbanan,
cinta dan kesetiaan.

lelaki dan perempuan.
ibu dan bapa.
ayah dan emak.

kehidupan dan perhubungan

Thursday 4 April 2013

I MISS U


xde tajuk la...hehehe


Mulanya memang sukar untuk aku lakukan,
Sejak ketiadaan mu di sisi,
Aku terpaksa lakukan sendiri,
Sendirian menahan rinduku padamu,
Namun selama ini aku amat yakin,
Bahawa kau boleh jauh dariku,
Tidak seperti aku,
Namun dugaan aku salah,
Sejak aku mendengar rintihan rindumu,
Kini kita sama-sama berasa perit rindu,
Dan cuba untuk mengubat rindu,
Mempertahankan perngorbanan kita,
Yang dipersenda jarak pemisahan,
Aku tidak meminta kau merasa keperitan,
Jauh sekali aku ingin kau merasa sakit rindu,
Tapi semua ini bakal kita akhiri,
Kerana kepahitan bukan untuk selamanya,
Kerana kesabaran menguatkan kita,
Demi menyambung hidup bersama.

Sunday 24 March 2013

sedih...!!!

aku sedih sebab semua gambar2 aku kat matrik hilang...
semua kenangan aku dah tiada..
semua gara-gara laptop aku baham virus bongok...

Thursday 21 February 2013

KEHIDUPAN

Kadang-kadang aku terpikir.. Aku ingin menjadi awam putih, bergerak ditiup angin tanpa perlu memikirkan hal org lain..tenang berada di awanan malah kadang-kadang membentuk sesuatu bagi melayan perasaan sesiapa yang ingin melihatnya..sekalipon awan putih ini kadang membantu manusia seperti petani yang kepanasan di bawah terik matahari.... Langsung tidak memikirkan hal sesiapa, tetapi dalam tidak memikirkan hal sesiapa dia sentiasa menolong tanpa di pinta... cantik bertompok di langit biru...

Sesekali hati berdetik taktala duduk sendirian " siapakah aku?? "
" kenapa aku begini?? "  " kenapa aku begitu?? "
" bagaimana aku masa depan?? "  " siapa aku di masa depan?? "
" sape jodoh aku?? "
begini begitu ... siapa pon akan terpikir bila diri di tekan masalah...

sesekali aku terpandang anak-anak sedara ku..yang belum kenal erti kehidupan...tiada ape yang perlu di fikirkan..aturan waktu di sediakan ibu bapa... Andai ada masa terluang mereka penuhkan dengan untuk bergembira... bangun awal pagi untuk ke sekolah.. sampai ada suatu ketika anak sedara ku yang baru melangkah ke darjah 1... dalam perjalanan ke sekolah dia bertanya kepada ibunya..
" adik ni sekoloh malam ke?? "
huhu..geli hati apabila mendengar tanpa pasti merasa rasa kasihan terhadap budak kecil ini...tapi apekah jawapan yang paling sesuai untuk di berikan kepada si anak kecil ini... ibunya hanya mampu mengukir senyuman..
setiap org pasti punya sejarah ataupon kenangan manis di awal persekolahan kan...hehe

Aku memandang ke luar tingkap... melihat remaja2 melepak...mungkin mereka di akhir persekolahan..lepak selepas tuisyen... mungkin ada di antara mereka melepak sekadar mengisi masa lapang, menghilangkan stress, berkongsi cerita dan mungkin hobi mereka melepak..siapa tahu??..
tapi kenapa mereka yang melepak pada waktu malam di kata kan sebagai kutu rayau...dan jahat kah mereka??...nakal kah mereka??...
apekah pakcik2 yang baru balik dari surau datang melepak minum di kedai kopi pon di anggap negatif..??
nakal kah pakcik2 itu??...
faktor umur mungkin...xkan la mereka nk melepak2 di kedai kopi borak2... mesti la mereka datang melepak kedai mamak smbil tgok bola... ataupon mungkin di taman atau pondok bermain gitar...
sekadar memberi pendapat..
aku hanya bermuhasabah diri..memberikan pendapat....

Berehat di jendela.. melihat org bandar berpusu-pusu ke sana kemari...byak betul keje hendak dibuat nya...sibuknya mereka...tp sebenarnya...ape yg mereka kejarkan..??..ape yg mereka cari.??..keluar pagi balik mlm...hujung minggu kuar...balik lewat pagi..sentiasa sibuk...
Fikiran aku teralih kepada golongan kampung..mereka juga berkeluarga seperti orang di bandar..membesarkan anak2..hidup mereka tiada lah sesenang org di bandar.. tetapi mereka berasa sentiasa cukup dengan ape yg mereka ada...mereka menganggap golongan mereka sama...tiada mereka rasa...
jiran aku ni kaya..jadi aku kena kerja kuat...supaya lebih kaya dari dia...TIDAKK....mereka bukan begini...
mereka hidup saling bantu membantu...kerana bagi aku mereka bekerja dengan alam..menangkap ikan, menternak , menanam sayuran.. mereka dapat hasil, mereka jual di pasar...setiap gerai setiap jenis...
bukan bagi mereka di bandar..bekerja dengan batu bata...bekerja dengan bangunan...mesin2....mereka bersaing dan berkawan untuk kepentingan masing2...mereka mengaut keuntungan besar-besaran seperti supermarket2 yang besar... mereka menjual segala macam dalam satu tempat bagi mengaut keuntungan sendiri...ikan sayur makanan buah-buahan semua mereka ingin jual..mengaut keuntungan sendiri...

sekadar memberikan padangan... tapi kita kena sedar walaupon siapa pon kita... kita tetap saling memerlukan antara satu sama lain... ingat lah walau siapa pon kita.. gemuk, kurus, cacat, berpenyakit, dan sebagainya kita kena tahu bahawa kita sentiasa di perlukan... kalu kita gemuk jangan la kita fikir tiada siapa yang memerlukan kita..fikirkan lah ke arah positif..

muhasabah untuk diri sendiri..:)


keUnikaN matEmatIk... =)

dalam kehidupan harian kita xsah kalu xterlibat ngan matematik. pendek kata matematik ni penting la..hehe..
dan matematik jugak la subjek yg paling aku suka sejak dari bangku sekolah lagi..dan aku cukup heran kenapa seseorang itu xsuka matematik...sebab bagi aku matematik senang...:)

meh nak tunjuk salah satu keunikan matematik....

pegi amek kalkulator cepat....!!!


  1.  amek 2 no terakhir telefon bimbit anda.
  2. darabkan 2
  3. tambah 5
  4. darab 50
  5. tambahkan dengan usia anda
  6. tambah 365
  7. tolak 615
so 2 no terakhir adalah usia anda manakala no terawal adalah no hp bimbit korang..

betul x..??..jeng2